Wednesday, April 29, 2015

SARDIN PUFF

Teringin pulak nak buat sardin puff.. so projek diteruskan awal2 pagi lagi.. pukul 4pagi bangun terus buat. Inilah hasilnya..kerja kerja mambakoo selesai jam 6.30pagi..boleh makan untuk breakfast

jom share sama2 resepinya..


Sardin Pufff


BAHAN INTI 
1 tin =425g sardine asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang merah,cincang
2 camca besar serbuk cili 
3 camca besar cili kering yang dikisar- boleh tambah kalau suka pedas
1 paket kecil = 25g serbuk kari daging
Asam jawa, perah jusnya- agak2 secukup rasa 
4 biji ubi kentang di potong dadu

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + pewarna kuning telur = kacau rata


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, paste serbuk kari daging, serbuk cili dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam halus,jus asam jawa  Kacau rata, masukkan ubi kentang.gunakan api sederhana dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minit. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur.Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan.Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Siap di hidang


Jom makan.. ranggupnya..


Saturday, April 25, 2015

BATIK CAKE LANGKAWI STYLE

Serve you in english version..

BATIK CAKE

PREPARED TIME
20minit



COOK TIME
TOTAL TIME

Easy way to satisfy a chocolate craving. Quicker than brownies, double the fudginess.
Recipe type: Dessert
Serves: 12 square pieces
INGREDIENTS
  • 125g (4.4oz) Marie biscuits
  • 148g (5.2oz) condensed milk
  • 63g (2.2oz) butter
  • 50g (1.8oz) dark chocolate
  • 4slice cheese
  • 50g Nuttella 
  • 10 spoon horlicks/milk powder+ honey
INSTRUCTIONS
  1. Line a 9x5” loaf pan with baking paper. Crush or break the biscuits into roughly 1 inch-size pieces; place into a large mixing bowl. Break the dark chocolate into small pieces; set aside.
  2. Cook & heat the sweetened condensed milk, nuttella,butter a slices cheese and chocolate for about 40 seconds. You also can add horlick or milk powder for more yummy..Stir the mixture. If the mixture still contains chunks, reheat in the pan stir for another 10 seconds. Stir again until everything has melted into a smooth mixture.
  3. Pour the chocolate mixture into the mixing bowl containing the biscuits. Stir to coat the biscuits evenly. Transfer the mixture into the prepared tin. Place a piece of baking paper on top and press down to compact the mixture and smooth the surface.
  4. Place the tin (together with the paper on top) into the refrigerator to chill for 2 to 4 hours, or until the mixture has set.

Ready to serve & enjoy the delicious batik cake..


Ready to serbe


With M+M mascot.. say Hai..



FISHING TRIP TO PAK BARA THAILAND

Fishing trip 4D3N to Pak Bara Thailand.. 


Map kedudukan daerah pak bara..



Bot yang membawa group memancing


Bot nelayan 


One of the group team member

Focus to the destination


View from jetty


Nak cari ikan nak cari ikan..


Tara... besar nya..


Hasil tangkapan


Boleh la wat lepas tambang balik


Cepat Pilih simpan dalam cool box cepat


Macam macam spesis ikan


Fresh fish..


Banyak juga you all dapat noo

Ikan ooo ikan..


Tudia penuh tong dah


Puas hati dapat mancing dengan hasil yang memuaskan.



Deretan bot..

Kepada siapa yg minat memancing tu memang best la trip ni.. pakej termasuk tambang bot dan makan untuk 4D 3N..

Peminat tegar memang tak rugi la kalau join.. 
tapi make sure bekalan ubat tu cukup exspecially orang yang mudah mabuk laut ye..









Wednesday, April 22, 2015

POTATO CAKE

Potato cake

(A)

4 white egg
1tsp cream of tartar

(B)

4 eggs yolk
1 cup castor sugar(can add if like sweet)
1cup corn oil
1 1/2 cup cake flour
1tsp Baking powder
4 potatoes - Boiled then mashed - get 2cups
2 spoon fresh milk
1tsp vanilla essence /banana essence

(C)

20g coco powder( add after all done mix)
1tsp coco flavour



Kek Ubi Kentang

(A)
4biji putih telur
1tsp krim tartar

(B)
4 biji ubi kentang- rebus-lecek (dapat 2 cawan)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur merah gred A
1 1/2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
2 sudu fresh milk
1tsp vanilla esen/esen pisang

(C)
20g serbuk koko
1tsp perisa koko

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putarkan bahan (A) iaitu putih telur& krim tartar.

Putar bahan (B) gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan ubi yg dilenyek dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, fresh milk dan gaul sebati. Campur adunan A dgn B gaulkan sebati..

Asingkan adunan. Satu bahagian campurkan bahan (C) iaitu serbuk koko dgn perisa koko. Gaul sebati. Jadi dapat 2 adunan yang original & yang di campur koko..Tuang dalam loyang selang seli.. ala ala marble cake dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

Selamat mencuba..


Sumber Kajian sendiri..



Siap di potong

Yummy



Jom cuba.. Ala Ala Master chef di rumah sendiri..

Thursday, April 9, 2015

KEK PELANGI PAGI

Pukul 3 pagi.. mata tak mau tidur lagi.. so fikirla nak wat apa.
Hmmm.. wat kek je lah.. yang mudah & cepat.
Ini lah kek hasil dari tak boleh nak tidur.. he he..

                         
                         Kek di kelilingi burung..

5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang 
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesin pemutar, 

Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya. 


Siap dah boleh makan sarapan pagi


Sudah terhidang... teh o dgn kek


Selamat mencuba..


Saturday, April 4, 2015

Egg Tart Hong Kong to Langkawi


Memandangkan teringin nak makan egg tart ni, macam rasa dalam mulut dah..

Apa lagi hari ni tak kerja.. mula la projek membuat egg tart hong kong. Kita bawa mai langkawi... awal2 pagi  dah start buat  doh untuk pastry. Adun then masukkan dlm peti sejuk.

Pada yang teringin nak buat boleh ambik resepi di bawah ni. Adunan ni boleh dapat dlm 12 biji untuk acuan saiz dlm 2inci lbh.

BAHAN-BAHAN PASTRI 

160 gram tepung gandum
80 gram buttercup
1 camca besar penuh gula aising
1 telur
Secubit garam
Tepung gandum jika perlu


BAHAN-BAHAN KASTARD (INTI) 

3 biji telur
80 gram gula halus/ aising sugar
75 ml air panas
125 ml susu segar
1/4 camca teh esen vanilla

1camca tepung kastard
Secubit garam
Beberapa titik pewarna makanan kuning telur (nak bagi menarik je)

CARA MEMBUATNYA 

  1. UNTUK PASTRY :- Gaulkan butter dan gula aising hingga sebati, masukkan telur,putar hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh, jika doh terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung. Balut doh dengan plastik cling dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  2. Keluarkan pastry, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar dan bulat2kan. Ambil satu bahagian, tekan doh ke dalam acuan tart hingga meninggi.Kemudian tolak ke dalam.dan tekan sekali lagi agar membentuk kelongsong yang bahagian tepinya seakan2 kelim karipap.Buat hingga siap dan sekali lagi masukkan ke dalam peti sejuk semula selama 30 minit.
  3. UNTUK KASTARD (INTI) :- Bancuh gula dengan air panas dan kacau hingga gula larut, biar sejuk. Kemudian masukkan susu segar, ke dalam air gula tadi, tambah telur, tepung kastard, secubit garam dan beberapa titik pewarna makanan kuning telur (kalau nak). Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi sebanyak 2 kali. Ketepikan
  4. UNTUK HONG KONG EGG TART :- Panaskan oven pada suhu 180C. Keluarkan kelongsong tat dari peti sejuk, susun atas dulang pembakar. Tuang kastard tadi hingga penuh. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam oven, bakar selama 25 - 30 minit pada rak bawah. Bila kastard kelihatan kental dan pastry keperangan, boleh keluarkan dari oven. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
Adunan pastry siap dlm acuan


Ready nak bakooo


Siap dah..


Jom makan.. hmmm sedap.

Thanks pada che mat gebu..
Sumber resepi rujuk dr che mat gebu punya blog & tambah2 sendiri.










 

     
     


Wednesday, April 1, 2015

Kuih sagu

Kuih sagu.

Bahan-bahannya:
3cawan sagu
8oz kelapa parut putih sedikit garam
6oz gula
Perwarna merah

Cara membuatnya:
1)masukkan sagu dalam penapis dan jirus dengan air.tuskan..
2)letakan sagu dalam mangkuk tambahkan garam gula dan air.
3)bubuh dalam loyang dan dikukus selahma 50minit hingga sagu kelihatan jernih.
4)tutup api.biarkan sejuk..baru angkat dan dipotong-potong serta digaul kelapa parut dengan sedikit garam..