Sunday, February 22, 2015

Stress atau Tekanan


Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres

Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:

Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. 

Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).

Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.

Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.

Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.

Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat

Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.

Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.

Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.

Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.

Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.

Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang 

Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.

Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi 'lactobacillus acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.

Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.

Sumber kesihatan.

Buat renungan bersama..

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete