Thursday, March 26, 2015

SUNTIKAN VAKSIN PNEUMOCOCCAL

Pengetahuan yang perlu buat ibu bapa yg mementingkan kesihatan anak mereka..  
Teruskan baca untuk info bersama.. rawat sebelum terlambat.

Sedih dengan apa yg terjadi pada anak sahabat kita erina.. telah kehilangan anak tersayang kerana penyakit ini. Ini link blog dia kalau nak tau cerita lebih..
blog erina

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokusKuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS (jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat. Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak.. kita boleh pilih.

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Vaksin Pneumococcal ni boleh di beri bermula seawal usia 2 bulan. 

Details pemberian vaksin ni seperti kat bawah ni:

Umur Sebelum 6 bulan - 4 kali suntikan (selang 2 bulan setiap satu suntikan) sehingga umur 12 bulan

Umur Selepas 6 bulan - 3 kali suntikan sehingga umur 12 bulan

Umur Selepas 2 tahun - 1 @  2 kali suntikan

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.

* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.

* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.

* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.


Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadi apabila bakteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.

* boleh juga menjadi meningitis

* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)




Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil

* diagnosis dan perubatan awal amat penting


Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.

* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

Di negara lain suntikan ini dah diWAJIBkan. Tapi Malaysia? Belum. Ini adalah kerana faktor kos setiap dos suntikan tersebut. Memang sedikit mahal. Tapi ia sangat bagus dan penting sebenarnya.

Biasanya harga suntikan ni RM200-320 setiap dos. Kami dah ambik untuk anakku Muhammad Danial Rizqi . Completed..
Sebab sebaik2nya kena ambil 2tahun dan ke bawah. Kalau ambil suntikan ni masa anak dah umur 2tahun ke atas doktor tu cakap dah takde benefit pun untuk dia. 
Suntikan pneumococcal ni adalah untuk mencegah sebelum terjadi.

Fikirlah demi insan tersayang.. 

Untuk lebih lanjut jumpa doktor ye..

20 comments:

  1. Bole share nama klinik/hosp yg u pg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Klinik Pakar Marissa, Bukit Mahkota. Rm245/dos..depend umur anak msa first suntikan utk tau kna brp dos

      Delete
  2. salam,
    ble sapa2 dpt share di mana nak dapatkan vaksin PnD ni jika di kuching,sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, kmk pernah tanyak di Tan Specialist Child and Family Cinic. Di Green Height. Klinik disebelah dengan Bing. Sia ada.. RM230.

      Delete
    2. Di Tan specialist nok pvr10 rm232, pvr13 rm280...rotavirus xda polah...mun di Chiew specialist di stutong rm260, rotavirus rm170

      Delete
    3. Di kpj kuching pvr13 rm232 not included consultation

      Delete
  3. Anak sy umur 1tahun 9bulan. Masih elok lagi ke ambik suntikan ni?

    ReplyDelete
  4. satu dos rm 280 klinik pakar kanak2 choo,bandar maharani muar

    ReplyDelete
  5. Anak saya dah jadi baru amik..umur 3 tahun.sbb sblm ni ok jerr...menyesal jgk...tapi nak buat cam mana kira usaha jgk..bg ada yg anak2 kecil bg lah suntikan ni awal2

    ReplyDelete
  6. Dulu sekali amik rm300. Maklumat kelahiran bawa sekali kpd doktor sebelum suntik.

    ReplyDelete
  7. Doktor kata di England suntikan ni diberi secara percuma kepada semua kanak-kanak. Di Malaysia agak mahal. Doktor pun tak tau kenapa

    ReplyDelete
  8. Umur dah 2 tahun doktor kata msh blh suntik..13 valent...RM300

    ReplyDelete
  9. bolehkah vaksin pneumococcal diambil bersama dengan vaksin klinik kerajaan?

    ReplyDelete
  10. 2tahun ke atas doktor tu cakap dah takde benefit pun untuk dia.
    Suntikan pneumococcal ni adalah untuk mencegah sebelum terjadi?maksudnye klau anak dah lepas umur tahun ke atas xperlu amik vaksi ni pun xpe..atau amik lebih baik?

    ReplyDelete
  11. Hi...anak sy usia 2 tahun lebih krna pneumonia bln 3 haritu..so kalau nak ambik skrg injection ni masih bleh prevent x...harap sape2 bleh bantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paed sy memaklumkan bahawa kanak2 berumur 10 tahun kebawah masih boleh ambil vaksin tersebut.umur 2 tahun keatas hanya perlu 1 dos shj

      Delete
  12. Klinik kawasan kota bharu kelantan Mana ye yg ade vaksin nie ?

    ReplyDelete
  13. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete