Saturday, March 7, 2015

ROSES PAU

ROSES PAU

Sumber resepi: kak Azlita masam manis & ms wendy.
Terbaik..

250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Pinjam step picture kak azlita..
Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.

Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan.
Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih seperti gambar.
                         

Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. letak inti kacang merah.. atau apa2 inti yang u all suka.

Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yamh berada di sebelah bawah, sila lihat gambar.
Gulungkan doh.
Untuk mengelakkan inti dari terkeluar gulunglah seperti nak buat kuih dadar pada permulaan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.

Guna je mana2 untuk potong bhg doh guna chopstick ataupun pemotong doh. Ikut selesa la.
Warna berbeza sikit coz guna ubi merah..kita tukar. He he..

Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
Kukus pau selama 10-12 minit

Selamat mencuba.. pasti sedap..

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete